"Budak Kelantan"

Budak Kelantan (Tralier)


Sejak baca blog Mijie (ex-Faris Petra schoolmate) pasal citer Budak Kelantan, aku terpanggil untuk turut sama buat komen utk cerita tu even tho tak tengok pun lagi.

Memang dah jadi lumrah anak muda di Kelantan, kerja di "luar negeri" adalah satu impian setiap anak muda. Kekangan peluang pekerjaan di negeri sendiri membuatkan anak-anak Kelantan ini taksub dengan peluang yang ada dan kisah-kisah kehidupan di luar Kelantan yang kedengaran agak bebas berbanding negeri sendiri.

Kalau tengok kedai-kedai makan, banyak orang kata Restoren Kelantan. FYI, mmg restoren tu biasanya manager dia je Kelantan, almost pekerja2 diorang ni asal dr Thailand, selalunye orang area Golok. Tu sebab kadang2 loghat Kelantan diorang ni pekat dr biasa. Maybe ada antara korang yang pernah makan lunch Ayam Goreng Kampung dengan Ulam Usus(Perut) Lembu depan HUKM Cheras. Tu orang Siam tu, bukan Kelantan. Mmg kalu aku balik Msia mmg tak miss makan kt situ...

Perkara ini telah agak lama berlaku, bermula zaman 70-an lagi dimana pada masa tu ramai anak Kelantan ni berhijrah ke negara jiran, Singapore untuk mencari rezeki dengan bekerja di sektor pembinaan. Kalau prasan, kat Singapore ada Pertandingan Dikir Barat(walaupun bahasa yg digunakan bukan loghat Kelantan lagi) yang diadakan setiap tahun, merupakan antara aktiviti yg mendapat sambutan hebat di kalangan kaum Melayu di sana, yang dipercayai dimulakan oleh rakyat Kelantan di sana. Even Maria Bachok (orang Bachok ni), emak sedare Taufik Batisah, tinggal di sana sekarang.

Kisah-kisah Kelantanese yang dipaparkan dalam movie ni sebenarnya mmg mcm real story jugaklah, dan ditokok tambah garam gula supaya jadik movie so sedap sket.

As u know, mmg ramai yang melabelkan Kelantan ni berpuak. Pantang nampak sesama negeri terus kecek kelate tok ingat oghe lain. Pantang tahu anak Kelantan terus laju je memberi pertolongan. Aku akui mmg semua tu masih berlaku, even di oversea.

Sorang kawan aku di bahagian utara Jepun pernah menghubungi aku semata nak comfirmation hal ni.

Oghe gedebe : Jey bakpo mung slalu lepok dengan budok2 Uni negeri lain bukan budok Uni mung?

Aku : Tempat aku ado 3 ore jah, nok main bola pung dok cukup.

Oghe gedebe : Ko ado budok kelate kat Uni tuh sbb tu lah mung gi lepok situ dok?

Of course ramai akan memberi WTF kpd statement kawan aku ni kan? Adakah sebab aku lepak sbb ada budak Kelantan kat situ? Nope, I`m the only one down here.

Ada yang gunakan for the sake of "samo-samo Kelate" on doing business which I think is just the same like Dewan Perniagaan Cina, dimana dia ada mcm association (official or unofficial) in doing business. So derang akan privilage sesama derang dulu utk buat business. Let say big construction company dpt kontrak, then cari sub-con, so derang akan contact "samo-samo Kelate" first.

Ada juga yg gunakan "samo-samo Kelate" in mintak tolong. Once aku sendiri pernah kene perli/sembur depan2 orang di IPT dimana kalau kita lihat, sekarang mmg ramai student Kelantanese, dan aktiviti2 yang dijalankan oleh Kelantanese ni mmg berjalan lancar.

"Kita kene kawal tak boleh ambik ramai sangat Pensyarah dari Kelantan ni sbb derang tarik anak beranak derang dr Kelantan utk masuk univ, sekarang macam terlalu ramai sangat pulak pelajar Kelantan, tu makin nampak berpuak-puak tu..".

Pada aku, even tho pensyarah ni tarik anak buah dari kelantan untuk masuk univ, ingat senang ke nak lepas univ nye application (skang nye application tatau lah sbb system bertukar tiap2 tukar Menteri sebab nak tunjuk cara dia bekerja lagi berkesan sejak jd Menteri ni. Aku tatau adakah mende ni betul2 ada or menjadi bahan gossip keji sahaja.

Satu lagi kes paling bullshit adalah kes gaduh sbb awek/balak kene rampas dengan mamat/minah Kelantan. Ada satu kes kt IPT jugak, a couple tgh makan kat cafeteria, then kene kacau/ngorat dengan mamat cafe tu (Kelantanese), even pick-up line pun cakap Kelantan (hahahah!!!). Then, dan2 tu jugak kene sound dengan balak dia (both the couple are not Kelantanese).

Mamat cafe tu bengang, then dia ngadu kat geng2 Kelate dia (staff cafe n student, then the same night, can u imagine student2 Kelantan ni boleh datang kumpul dan bertumbuk dengan mamat yg bawak awek g makan kat cafe petang tadi.

Jadi kes polis, mamat cafe kene tangkap, student2 Kelantan yg terlibat tu pun kene masuk lokap. Hero tak bertempat. Kalu hero hindustan bleh gak dpt Datuk..

Aku pulak pernah terkena gak masa uruskan AP utk Honda Odyssey yang aku bawak balik masa undergrad dulu, sebab ada kes gaduh dgn agent sbb xpandai buat keje, then aku urus sendiri. Bila dah selesai semua then dpt kuar keter, aku kene tahan dgn officer (kat bahu ada 3 paku nye uniform) kat gate Westport Klang. Dekat2 nak kuar tu aku kene tahan, then derang nak check keter aku.

Dia tekan CD eject button, dan terkeluar lah cd MP3 lagu yg aku burn sendiri, dan takde label kat CD tu since mende tu re-write sendiri kan..

WestPort Officer A : Ni salah ni Encik sbb tak declare CD ni...

WestPort Officer B : Ni salah besar ni mana tau ni VCD blue ke ape, masuk dalam masuk dalam!

Officer B tu pun pasang la CD-r aku tu dalam VCD player dalam office booth derang (aiks, apsal ada VCD player dekat booth tempat keje plak?Korang ni jaga brg kastam or layan VCD tgk citer Hindustan?). Bile CD tu kuar lagu je takde kuar gambar(video), dia mcm bengang2 cakap ni mesti lain format ni, mesti ada citer blue tp xkuar kt screen je ni. Dia ugut nk buat report aku masukkan CD porno haram ke Malaysia.

WestPort Officer A : Encik bg IC, nak buat rekod. (lepas tgk belek IC aku). La demo oghe Pasir Mas ko? Marilah kito kecek kat luar lah...

Bila sampai kt luar booth tu tepi keter aku, dia bg balik CD n kunci keter aku.

WestPort Officer A : Kawe nok tolong selesai kes demo sbb sama2 Kelate. Tapi demo hulur lah sikit buat minum air ko bos kawe tu, ikut hati dio sebenarnya nok report demo buat saloh bowok CD tok declare tu. Ni kawe tolong selesai kes demo la ni...

WTF.

Nah hambek ko. Mintak suap terang2 tak kire sapa. Sebelah office booth derang tu terang2 tulis kat pagar "Bersamalah Kita Tangani Rasuah". Tu "menangani" kot derang panggil. Tolong sama Kelantan konon, kene jugak aku.

Gile panjang kutuk negeri sendiri. Abis lah aku kene bashing dengan korang lepas ni. Silakan.

ps: Aida, nah dah update ni hehehe. Bit bz lately, kene settle few things sblm balik Msia this Nov. Time bz time tu lah nak update macam2..

"Datuk" berapa ringgit harga dia?

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

10/10/2008 5:17pm

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.


Wah, besar benar ke jasa dan budi Shah Rukh Khan ni kpd negeri Melaka? Ape plak harapan Melaka kpd Shah Rukh Khan utk pembangunan negeri Melaka?

Rasanya Melaka nak suruh citer Kuch Kuch Hotak Ngko Hota Hei buat shooting kat sana kot...


ps: Berenang dpt Datuk, pelakon Hollywood dpt Datuk, skang Bollywood dpt Datuk, lepas ni ape pulak duhh....

Multiracial Muslim

Harris with Damia @ Iftar in Beppu Mosque

Note: Comment written below datangnya dr kepala otak aku sendiri. Hukum hakam di atas apa yg dinyatakan dlm entry kali ni tidak dirujuk kpd ustaz2 yg berhemah tinggi. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila rujuk ustaz2 berhampiran rumah anda.

Dah masuk separuh bulan pose. Buka puasa every weekend kat Beppu tahun ni agak berlainan sket dr dulu, sbb kali ni buat berbuka puasa utk Muslim in Beppu/Oita di Beppu Mosque. Masjid ni baru je beli sebelum bulan pose aritu, hasil kutipan derma dan kerahan tenaga muslim in Beppu.

Bila berkumpul mcm2 muslim dr mcm2 negara ni, mcm2 lah yg kita dpt kenal/tahu/lihat/experience.

Almost everyday, akan ada hamba Allah kat sini yg bermurah hati utk sponsor bukak puasa secara percuma di masjid ni. Then masa 1st week puasa baru2 ni, diorang ajak lah all the Malaysian utk berbuka sama, since Malaysian ni semua berbuka di rumah, dengan family dan anak2, terutama teman anak2 lah sbb berpuasa di perantauan ni agak mencabar anak2 kecil yg kene jawab soalan2 dr member2 skolah, cikgu cikgi dan sape2 lah lg yg dok tanye takpe ke tak makan tak tumbang ke tak pengsan ke etc etc..

Then ada sekali tu, since dah bersungguh derang ajak Malaysian ni berbuka dgn diorang, maka berpergian lah anak2 Malaysia ni anak beranak ke majlis bukak pose anjuran masjid ni.

Bila sampai, comunity masjid ni, yg ramainye terdiri dr Pakistan+Bangladesh, mcm terkejut bila tgk kehadiran Malaysian ni bawak anak bini skali dtg berbuka. (Note: Bangunan masjid ni 3 floor termasuk parking floor, 1st FL utk WOMEN, 2nd FL utk MEN).

Ada sorang kawan Malaysian aku bila sampai masjid tu, bile tanya AJK masjid tu yg kaum wanita dgn anak2 ni nk makan kt mana/serve mcm mana etc etc, derang mcm tergamam dan tatau nk jawab apa..

Then, derang decide wanita and kanak2 utk letak dlm bilik asing belakang hall utama. Oklah fine. But then, bila nk masuk bukak pose, nampak mcm derang takde pun nak serve wanita+anak2 ni, so one of the Malaysian tanyelah ade ke dulang utk wanita+anak2 ni. Derang bg lah 1 dulang..

Then, bila dok agih2 air pulak, mmg takde langsung utk pempuan, kali ni turn aku pulak g tanye AJK tu then ckp derang yg air tak sampai kat dalam bilik blakang utk wanita+anak2 ni, barulah dpt air tu dr derang. Fine, takpe, aku serve kan kaum Hawa. Aku jelah yg kuar masuk angkut itu ini masuk ke dlm bilik wanita+anak2 tu..

Then, solat magrib beramai2 sebelum makan berat. Masa solat tu, sekali lg wanita2 ni tatau nak solat kt mana, since now 1st FL jd ruang makan + aktiviti, dan 2nd FL jd ruang solat. Ada few muslimah ni yg sempat bersiap utk solat, naik atas lalu celah2 muslimin utk solat kat belakang. Bile kaum2 muslimah ni lalu, terus derang tutup lampu. Aku baru masuk saf sbb br lepas ambik wudhu, bukak la lampu sbb nape plak solat dlm gelap ni kan. Then, bila nak angkat takbir tu, ada sorang saf depan gak la, susah payah kuar saf then selit selit celah makmum, semata2 nak TUTUP lampu yg aku dh bukak tadi..

For what? Nape kene tutup lampu masa solat kalau ada pempuan kat belakang?

Oh ya, aku baru teringat, tahun lepas ada kecoh jugak masa terawikh beramai2 ni, sbb hall solat (pinjam dewan serbaguna univ) tu ruang solat muslimin n muslimat SATU RUANG, hanya dipisahkan oleh meja2 yg dilipat.

Nape mesti tegas dalam keadaan "darurat ringan"? Nape mesti "tak boleh berjemaah bersama kaum lelaki wanita sbb dalam satu ruang" sedangkan utk dptkan peluang sebegini di negara bukan islam mcm Jepun ni bukanlah sesenang negara islam lain?

Sama dengan kes solat raya 2 tahun lepas. Sebab masa tu hari ada kelas, jd solat raya diadakan di perkarangan univ dgn meminjam ruang serbaguna kolej (Note: Univ kitorang atas bukit, dan org luar susah jugak nak masuk dlm univ kalau takde official invitation ). Dan family2 student ni nak la solat raya kat bawah/luar univ (i mean bawah bukit, bukan kt univ), so few Indonesian invite Malaysian (esp. family) utk buat solat raya di tempat lain.

One of the Malaysian dijemput utk jadi imam solat raya tahun tu.

Perancangan tu bermula pada hari last ramadhan, means esok paginye tu solat raya. Malam ni sibuk lah call sana sini utk comfirm dewan, comfirm imam, check menu juadah etc etc. Dalam kelam kabut tu, ada sorang orang kuat Muslim Association ni jugak lah, dpt trace yg "akan diadakan solat raya berlainan tempat SELAIN dr tempt diorang buat".

Guess what? That orang kuat Muslim Association tu call semua Malaysian yg dia ada no dlm henpon dia, cakap "Jangan join solat sunat raya yg lain sbb tak SAH kalau ada 2 solat raya dlm 1 tempat".

Tak sah? Nape? Kan ke kat kampung2 kita, kalu surau kampung penuh, g masjid. Kalu masjid penuh, gi carik masjid jauh sket, xpe pulak banyak2 mcm tu ek?

Kejadian ni sampai buat sorang ibu Indonesian yg dh berbelas tahun kat Beppu ni mengalir air mata bila sesama muslim saling tuduh menuduh "aku sah ko tak sah". Dah le comunity kecik, lagi kepala otak pun kecik. Aku pun tak faham, nape orang yg alim2 ni, patutnye biar ada AURA yg dpt kita respect dr ilmu akhirat yg dia ada, tp perangai dia lagi la buat kita tatau-nak-kata-apa...

Apa yang aku nampak dr muslim2 especially dr Pakistan, Bangladesh, Indian ni, derang tak ambik berat hal kaum Hawa+anak2 kecil ni. Ramai yang dtg Japan bawak anak bini, tapi tak pernah pun nampak bayang bila terawikh ke, bukak pose ke, solat raya pun bukan seme dtg.

Kat Malaysia mmg kecoh esp Sisters in Islam, yg mengatakan Islam ni berat kpd lelaki sahaja hingga hak2 wanita diabaikan. Setahu aku lah, kita kat Malaysia masih cukup bertuah sbb ada Mahkamah Syariah, ada jugak terbela kaum wanita ni terutama bila kes nafkah selepas perceraian, pengurusan wasiat, kes aduan isteri kpd Pejabat Syariah utk memohon perceraian dan mcm2 lagilah. Syarat2 contohnya mcm undang2 kahwen luar mukim, undang2 poligami, etc etc tu ramai masih kata "Islam itu mudah tp kenapa Undang2 Syariah Malaysia yg menyusahkan Islam tu sendiri". Cuba la tak wujud undang2 Syariah ni, aku jamin pantang je ada duit lebih, ramai le g seberang utk kawen lagik satu.

Sebenarnye, undang2 Syariah kat Malaysia ni kalau kita tgk dengan teliti, mmg bagus dah, cuma yang buat orang meluat ni sebenarnye adalah MANUSIA-MANUSIA yang bekerja dgn Jabatan Syariah tu (bukan semua, sbb cousin aku ada sorang keje Lawyer Syariah di Jabatan Peguam Negara Putrajaya hehehe), derang la yang buat Undang2 Syariah ni dipandang serong (Contoh: Kes serbu tangkap basah yg cukup kurang ajar, aku pernah tgk video syariah officer ni siap ambik video dgn henpon lagik, pempuan cover badan dgn selimut, tp pegawai yg serbu ni tarik selimut tu sampai nampak segalanya). Sebab nila setitik...

Gonna stop here sebelum lagi panjang melebar. Time tulis paper conference pecah kepala nak tambah ayat, time blog laju je kepala hotak ni bergembeling tenaga <--betul ka words ni?

ps: Ingat tak kes sorang Msian girl yg bawak lari anak dr family husband org Pakistan tu? Dia ada citer yg mak mertua kasik susu masam utk dia minum, dan hanya buat kerja di dapur sepanjang masa. FYI, dah mmg tu adat derang. Dan bab susu masam tu, mmg susu derang masam, bukan salah mak mertua dia lah, aku pun dah rase susu masam tu masa bukak pose anjuran Pakistan baru2 ni hehehe...

Very the speaking London lah!

This is not a joke. U can find this advert at NST Aug 23rd.

Im not good in English, I admit it. But Im willing to learn from any of u guys, and I am not shy to ask. Same with my Japanese, actually I failed my Japanese for the whole semester in Msia, but when I keep using it here, after 6 month, it slowly getting better day by day.

Rasanya org yg tulis ni maybe kerani2 je. Tapi, aku xsalahkan kerani2 tu, coz of course la their boss yg arahkan kerani tu utk tulis mende ni kan? Takkan la kerani2 ni nak agkat tangan "Meh saya tulis buleh?"

Then, apsal the boss tak check pulak this doc? Tu tanggungjawab ko la nak check, bukan nak suruh check thesis 300 pages pun. Kalu rasa diri tu kurang ilmu, pandai2lah bertanya kpd yg lebih ilmu. Kalau dah nama IPT, aku jamin lah all the dekan2 tu overseas grad, betul tak?

Then, bila dah sampai kat meja Newspaper Editor, takkan tak baca kot? Abis apa keje Editor ni buat? Just editing sensored news biar raktat tatau what actually happended behind our hot-but-goin-nowhere politics scence?

Read and ENJOICE!

*Note : Credit to this blog for this article.

ps: Sapa laaahhhhhh yang keje kat university ni ish ish ishhhhh!! :-P~

ps2: Some part of this entry has been edited due to bad grammars.

Malaysia : 2009 Budget Highlights

When I was looking for info about solar photovoltaic system in Malaysia, i found this as one of the 2009 Budget highlights:

ENSURING PUBLIC SAFETY

* A sum of RM5.4 billion is allocated in the 2009 Budgtet to enhance the capacity of the Royal Malaysian Police (PDRM).


Perasan x bangunan Polis, kuartes, semakin besar dan semakin canggih skarang?

Tapi kadar jenayah makin teruk kan?

Takde orang buat case study ke mende2 yg nampak depan mata macam ni?



PM Jepun Letak Jawatan

Fukuoda Yasuo ex-PM Jepun.

Paper cutting from Utusan Malaysia, Sept 2nd 2008.

PM Jepun letak jawatan

TOKYO 1 Sept. – Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam ini, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kita perlukan satu pasukan baru untuk mengendalikan dasar di Parlimen,” katanya ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Fukuda, 72, bagaimanapun, tidak menyebut tentang pilihan raya baru, bagaimanapun keputusannya itu membuka jalan kepada pemilihan kepimpinan baru dalam parti pemerintah itu.

Calon yang disebut-sebut menggantikan beliau ialah Taro Aso, 67, bekas Menteri Luar Jepun yang disifatkan lebih karismatik dan berpendirian konservatif.

Fukuda berkata, beliau membuat keputusan itu berikutan ketegangan di Parlimen.

Masa dia buat ucapan letak jawatan, live telecast on TV, siap cerita mcm mana keadaan parti dan kerajaan semasa dia ambik alih "rela-paksa" jawatan PM pada Sept tahun lepas, dan cerita semua apa yg dia dah buat dalam sepanjang dia bertugas setahun sebagai PM Jepun. Dia juga siap cakap mmg ada plan2 yg masih dlm proses dan hasil still dalam pemerhatian.

Harap-harap PM yang sorang tu pun dpt hint dr NOBITA Fukuda Yasuo mcm mana nak letak jawatan secara terhormat, sebelum keadaan negara dan Parti semakin parah.

Melayu sungguh! Part II

別府花火大会
Harris @ Hanabi Taikai, Beppu City


Part II : Aku dan tukang masak Cafeteria KLIA

Kali ni aku nak sambung cerita entry aritu.

Bila dh nk balik Japan, my family datang hantar kat KLIA, we decide to hv dinner at KLIA Cafeteria on 3rd floor rasanya (correct me if im wrong!). Since tu lah last Malay dishes for us, so pergilah nk makan makanan Malaysia yg pelik2 la kat cafeteria tu.

I ordered Sizzling Mee (ye ke makanan Malaysia?), then masa nak makan tu, lepas try sesuap, punya la masin sampai takleh nak telan!

Then, utk check betul ke masin tu betul2 masin, or lidah aku ni since dok jepun garam mahal seme makanan kureng masin and my wife pun sebab sayang laki dia dah terbiasa masak kurang garam ikut Japanese style, so bg la mak aku makan sket utk check tahap kemasinan mee tu.

Mmg sah masin tak hengat, sampai mak aku pun xleh nk telan.

Then, aku g la kaunter tmpt order mee tu.

Aku : Kak, mee ni masin sangat ni kak.

Akak Mee : (dengan muke kening berkerut then merah pipi, mcm tercungap pun ada tahan marah agaknye..) Iye ke masin?Nape orang lain makan ok je? Takde complaint masin pun?

Aku : Betul kak, saya ingat saya sorang je rasa masin, saya mintak org lain try pun mmg derang rasa masin sgt jugak, sama mcm saya rasa...

Akak Mee : (suara makin tinggi dan cekak pinggang) Takdelah masinnye, saya yg masak mee ni, org sebelum-sebelum ni makan seme tak masin pun.

Aku : (dengan senyum sket2 sbb malas nak layan bertekak sebab mee masin, keje bodoh je rasa..)Kak jangan marah pulak kak, saya cakap je yg mee ni masin, kalau bleh makan saya telan dah, ni masin sampai xleh nk telan pun...

Akak Mee : Abis mcm mana ni, ko nak duit ke nak aku masak lain? (dah start ber"aku-kau" dah..)

Aku : Xpelah kak, takde mood dah nk makan...

Akak Mee : Nah ambik duit balik! (sambil tekan2 cashier tu sampai gegar meja..apa yg dia bengang pun aku tatau la..)

Come on la, pada aku la kan, take it positively la. Logik la orang lain tak complaint sbb ko masak lain2, bukan masak satu kawah mee tu. So tu la sebab orang lain tak complain then aku sorang je complaint.

Satu hal lagi kan, why not la kan cakap "Maaf ye maybe saya silap tadi, so what can I do for u" ke, or paling bagus senyap terus bg duit aku balik. Aku tak kisah even kalu dia nk masak lagi utk aku if she keep her mouth shut, tp since dia dah bising mcm murai tercabut ekor, aku dh xde mood nak makan hasil tangan dia dah.


Or , I`m the one who becoming tooooo demanding?





Melayu sungguh!

Thirsty
Harris at his Bon Odori Festival held by his nursery

Since Prof Muto KOJI ni lambat lagi nak abis exam proctor dia, so sempat lagi aku update entry utk arini.

Mac+April tahun ni, aku balik Malaysia untuk cuti 2 bulan, then selepas 2 tahun ++ xbalik cuti ke tanah air, aku rasa mmg banyak sgt berubah. Tataulah samada aku yg dah berubah sbb dok lama sgt oversea, or mmg Msia berubah selepas aku 2 tahun tak balik.

Yang paling aku ingat sampai arini ada 2 kisah.

Part I : Aku dan cashier

Venue : Sotong+Ketam+Ikan Celup Tepung (jalan Pantai Penarik, Terengganu)

Aku drive dr Kelantan untuk ke Terengganu, then aku lalu jalan tepi laut ikut Pantai Penarik utk layan Ikan Celup Tepung. Kedai ni rupanya dah renovate@pindah, dulu belah laut, skang dah pindah seberang jalan. Kedai makin besar dan concrete, tp aku sedih tgk keadaan lalat kt kedai tu. BUT STILL kedai tu dapat B+ untuk tahap kebersihan dari Majis Daerah kat situ. Bab kebersihan ni mmg takleh komen lebih lah, kalu nk cari yg betul2 bersih yg ada jual Ikan Celup Tepung area tu mana ada kan?

Makanan mmg best, even aku rasa a bit overprice than before. Yelah minyak dah naik kan, and dah renovate kedai so sapa nk bayar?Customer lah kene tanggung.

Masa aku basuh tangan tu, aku ada prasan yg ada signboard BILIK SOLAT, kat area belakang kedai tu.

Masa nak bayar tu, aku cakap2 la dgn cashier spatah dua. Cashier tu pempuan, anak branak taukeh kot around mid 20`s (I`m bad in judges age since kadang2 Msian ni, nampak mcm anak 5 tapi baru umur 20 tahun, yg umur more than 30 tp mcm 18 tahun pun ada...)


Aku: Dah lama ke kedai pindah sini?

Miss Cashier: Dah stahun lebih dah, elok sket senang org nk berenti makan.

Aku: Oh ye, masa basuh tangan tadi, saya nampak ada sighboard BILIK SOLAT kat belakang tu. Kalau letak kan depan tepi jalan kan elok gak, alang2 orang lalu jalan ni, bleh stop makan n solat sekali, sbb kebanyakan driver tak suke brenti banyak kali. Atau orang yg nk solat pun, bleh stop sini then lepas solat bleh makan terus alang2....

Miss Cashier: (dengan muka mcm anoyying dan mcm eh-pandai-plak-dia-ni-nak-advice-aku nye muke) Nape nak letak depan tepi jalan plak, biar la kat belakang, bila lepas makan, then kalu dia nak solat, bleh solat kat situ terus, takyah letak depan pun xpe...

Lepas aku dengar dia ckp mcm tu, terus aku chop orang mcm ni mmg susah nk dgr pendapat orang, and even ko tanak dengar pun, layan2 la sbb aku ni customer ko..

Or..

Im the one who need to STFU!

Pada aku la kan, baik letak je tepi jalan since singboard bilik solat tu papan sekeping ke kepit dengan batu bata. Of course la ok je ko nk letak kt blakang kedai ko, tp why not letak kat depan kedai so that bleh menarik orang untuk brenti kedai ko lagik ramai nnt...

Lantak ko la, bukan kedai aku pun ye dak? Niat nk tlg org membuatkan aku plak yg sakit hati...



Part II : Aku dan tukang masak Cafeteria KLIA

(...to be continue..)


Jodoh


Camera: Canon EOS Kiss Digital X
Exposure: 0.01 sec (1/100)
Aperture: f/6.3
Focal Length: 18 mm
ISO Speed: 800
Exposure Bias: 0/3 EV
Flash: Flash did not fire


- This entry had been deleted due to request -

MLM Allergy Syndrome

I had been in Japan since 1999, and dont know the student life in local univ in Malaysia. Some ppl said this kinda MLM thingy was very active in student univ life, till some of them leave their classes just to be in MLM biz. Some of my high-school friends (from Yahoogroup) sending few mails about this MLM bizz, and at that time I dont even know what is actually MLM Biz is about.

When I back home after finishing my undergrad on 2004 and starts working in Johor, from there I learn about how sucks is MLM biz are. I dont give a sh*t about their product at all, not even interested, not because of the product, but bcoz of the MLM seller which are sucks.

Real story of mine campur dengan perisa tambahan biar sedap meleleh air liur:
ps: Cerita ini ADA kene mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun yang mati, dan sekiranya anda terbaca kisah ini dan terasa sendiri, hambekkk ko sapa makan cili terasa la pedas sendiri..

Suatu hari di petang yang penuh dengan nyamuk (sbb rumah sewa di Parit Bengkok), tiba2 phone aku bunyik.

MLM`ers : Alo Jey, ko free tak lepas magrib ni? Nak ajak ko makan lah, ada kawan aku ajak makan ramai2 ni ha..kalu free jom lah?

(MLM`ers ni Lecturer, tp active gile dgn MLM. Aku baru masuk keje satu department dgn dia, so tak kenal org hati budi lg masa tu)

Aku : Bleh je, nnt aku join ko(tanpa bersangka buruk..)

Lepas selesai Isya, aku g tunggu tmpt yg dijanjikan.

MLM`ers : Jey, gi dgn keter ko lah since ko pakai van, bleh bawak anak buah aku skali ni ha..

(Ish dia ajak aku makan tp nk pakai keter aku angkut anak buah dia..xpelah xsah berkira la masa tu minyak xmahal lagi heheh)

Setelah penuh van (aku pakai keter warisan family aku since bapak aku pakai Odyssey yg aku bawak blk tu, so van Rusa ni dpt kat aku), maka gerak lah ke Batu Pahat utk "makan-makan" tu. Then aku betul2 tak sangka, dia ajak makan kat HOTEL! Dah ler aku pakai slipar jamban je, nasib baik pakai jeans. Kalu aku g dgn shorts tido ke tak ke mamposs kene tahan ngn pak guard Indon hotel tu huhuhu.

MLM`ers : Jey, kita sblm kita makan tu kita g sini jap, ada hal sket aku kene g skali dgn anak buah aku ni...

Aku dah mula musykil dah, since kata ajak makan then skang dia dgn askar2 dia nk kene "ada hal" lah plak.

Then, nak tanak terpaksa ikut la kan, derang bawak aku masuk dlm hall yg agak penuh dgn orang sambil bising giler seme nak bercakap...

Baik je aku sampai, MLM`ers+askarnya seme dah ke barisan depan, aku je terkial2 kat belakang nak duduk ke tak. Hall tu mcm ada org nk bg ceramah politik la kirenye, tp bendera party je takde. Yg aku prasan ada banner nama syarikat SURECO (hambek ko aku buh nama betul company MLM shit tu)..

Maka start lah ceramah MLM tuh.

"Selamat datang semua warga2 bakal jutawan SURECO sekalian, semoga rezeki kita becurah2 turun dari langit. Sblm kita cerita product kita, saya nak tunjuk dulu hasil2 titik peluh saya sepanjang saya aktif menjadi agent SURECO ni....blablablablablabolehblah..."

- tunjuk slideshow rumah bungalo besar
- tunjuk BILANGAN kereta yg ada dalam garaj
- tunjuk BAKI TERAKHIR semua buku bank yang dia ada

WTF?!

Apa yg derang jual ni sbnrnya? Nak jual brg or nak tunjuk kaya?

Then mulalah dia cakap pasal AHLI mencari AHLI. Explain itu ini, satu kepala dpt brapa then suruh kepala carik kepala lagik. Yang aku paling terkejut tengok almost of the audience semua TAKSUB! Berkilat2 bijik mata dengar ceramah, ntah2 yg ngalir air mata pun ada bila tgk harta kaya tauke SURECO tu. Dan aku bleh perasan yang almost of the pengikut MLM ni seme jenis sorry to say that, kinda low self esteem, 1st time masuk hotel sbb SURECO "invite", dan semua not even bussiness minded at all!

"SURECO BOLEHHHHHHHHHHHH" , semua pengikut dlm hall tu sambil angkat tangan gaya Hitler.

"Kami yakin SURECO BERJAYAAAAAAA" , sambil tepuk tangan tanpa henti penuh semangat!

Derang ni kene rasuk hantu ke apa..tp yg pakai kopiah pun takkan kene masuk hantu jugak kot ermmmm...

Perut aku dah mula mendendangkan lagu keroncong, since masuk dewan 8.50pm mcm tu sampai 10pm still xmakan2 lagi aku. Yang aku pelik nye kan, kata tauke yg buat ceramah tu ada Benz+Honda+Perdana siap rumah banglo pastu buku bank ada duit ratus riban, takkan air mineral+karipap sbijik sorang takleh nak support kot? Mcm tu ke nak tarik org suruh masuk MLM@SURECO ni? Ni ke biz minded seperti yg ko buat ceramah tu?

Dekat nak abis baruuuuuuuuuu lah start jual brg.

- Best tak kalau jual Kordeal Oren dengan harga sebotol RM45 hengget, tp dengan harga sama ko bleh beli brand YOES sebanyak 3 botol kordeal? Siap ckp lg dia xde bahan pengawet (kalu xde tahan 2 hari je la weh!), dan cakap produk lain seme was-was halal ke tak. Sedap je ckp seme produk lain xhalal tp dia 100% halal.

- Best tak kalau jual sabun basuh keter, yg dia kata akan kilat mcm wax xpayah polish dah dengan harga RM200-300, sedangkan ko bleh buat Polymer Swissvax kat Ampang<--(kedai kawan aku) dengan harga yg sama, lagi lawa then takyah peluh2, and wax tu kekal berbulan bulan!

- Best tak kalau dia kata MLM lain mcm CNN(ke CCN ek?) dah xleh carik customer sbb teh derang dah mula masuk kedai mcm Maiden, Jusco, Tesco etc etc. Bukan ke target korang jual produk? Nape tmpt lain xleh jual brg korang plak? Kan ke kalau produk ko banyak terjual ko lg banyak income ke? Ni jual produk or jual org?


Bila dah abis ceramah tu, aku nk buat muke toyo pun tak reti, layan je la borak2 atas keter tu. Guess what, last2 kitorang makan kt mana tau? Gerai yg hanya 3 minit drive dr umah aku, sedangkan hotel yg ada ceramah SURECO ni drive 30min dr area tmpt aku duduk. Tak ke perut aku dah nak meletop sbb gas gastrik, sbb time masa tu dah dekat 11pm! Budus betul MLM`ers ni.

Kalu korang bleh sabar tak? Stakat aku kene dgn derang tu ntah la bleh la jd pengajaran aku lepas ni kan, cuma masa balik tu, ini lah paling aku panas malam tu..

"Jom makan jom, maaflah Jey aku xleh nk belanje ko makan ni, yelah biz aku baru nak berkembang ni, tgh pasang cable, so hasil tak masuk acc lagi...."

...dengan nada tak bersalah langsung. Muka sposen betul laa, patut bussiness dia tak menjadik pun..


Aku bukan nak sgt duit SURECO jadah ko tu. Tapi yg nk bawak budak (STUDENT!!) g ceramah SURECO guna keter aku tu takkan teh tarik secawan pun tak lepas. Mcm mana ko nk biz besar kalu layan orang like shit.

PENGAJARAN :
1. Kalu tetiba org ajak ko makan dan org tu takdela rapat sgt pun dengan ko, tanye terus "Ni nk ajak aku g dgr ceramah MLM ke?"
2. Kalu ada org di sekeliling ko yg ada sticker keter nama company MLM, such as SURECO, just avoid them kalu tak suke. Kalu suke lantak ko la kan..
3. Kalu tiba2 terperangkap rela-paksa masuk ceramah MLM, blah je biar diorang balik jalan kaki wakakaka!!

Kera di hutan di susukan, siap kasik Caramel Macchiato® lagik

Before this, I heard a lot of rumors telling that we (our Boleh-Land tanahair) banyak bg beruk2 di hutan minum susu malah kadang2 hidangkan SB`s Caramel Macchiato® lagik. Mula2 about the price of Proton cars oversea. U can Google the price info, yg paling best Australia`s prices. Of course, even the value of Aus Dollar is 3 times Ringgit Malayisa, the car price is almost the same!

As example of the comparison value:
Mr.Malaysia :-
Fresh Grad Salary = RM 1900 (AUD $ 600) : Gen2 in M`sia =RM 55900

Mr. Australian :-
Fresh Grad Salary = AUD$ 1900 (RM 5900) : Gen2 in Aus =RM 53150
*Please click for the price details.

Malaysia BOLEH!



And today, I received an email stating that the kera di hutan not even get milk anymore, they drink Caramel Macchiato® these days. See the price for Japanese who live in Malaysia who bought this car locally.


Price List for Honda Accord 2.0L VTi RM
Normal Selling Price 137,197.60
Excise Duty -36,707.20
Sales Tax -10,011.80
Selling Price 90,478.60
Road Tax 378.50
Registration Fee 300.00
Number Plate 50.00
Ownership Endorsement Fee 50.00
Retail Price (Without Insurance) 91,257.10
Insurance 3,823.90
On-the-road Price with Insurance RM95,081.00




Wanna know normal price for us Malaysian?
.
.
.
RM 141,800

And again, Malaysia BOLEH!