"Budak Kelantan"

Budak Kelantan (Tralier)


Sejak baca blog Mijie (ex-Faris Petra schoolmate) pasal citer Budak Kelantan, aku terpanggil untuk turut sama buat komen utk cerita tu even tho tak tengok pun lagi.

Memang dah jadi lumrah anak muda di Kelantan, kerja di "luar negeri" adalah satu impian setiap anak muda. Kekangan peluang pekerjaan di negeri sendiri membuatkan anak-anak Kelantan ini taksub dengan peluang yang ada dan kisah-kisah kehidupan di luar Kelantan yang kedengaran agak bebas berbanding negeri sendiri.

Kalau tengok kedai-kedai makan, banyak orang kata Restoren Kelantan. FYI, mmg restoren tu biasanya manager dia je Kelantan, almost pekerja2 diorang ni asal dr Thailand, selalunye orang area Golok. Tu sebab kadang2 loghat Kelantan diorang ni pekat dr biasa. Maybe ada antara korang yang pernah makan lunch Ayam Goreng Kampung dengan Ulam Usus(Perut) Lembu depan HUKM Cheras. Tu orang Siam tu, bukan Kelantan. Mmg kalu aku balik Msia mmg tak miss makan kt situ...

Perkara ini telah agak lama berlaku, bermula zaman 70-an lagi dimana pada masa tu ramai anak Kelantan ni berhijrah ke negara jiran, Singapore untuk mencari rezeki dengan bekerja di sektor pembinaan. Kalau prasan, kat Singapore ada Pertandingan Dikir Barat(walaupun bahasa yg digunakan bukan loghat Kelantan lagi) yang diadakan setiap tahun, merupakan antara aktiviti yg mendapat sambutan hebat di kalangan kaum Melayu di sana, yang dipercayai dimulakan oleh rakyat Kelantan di sana. Even Maria Bachok (orang Bachok ni), emak sedare Taufik Batisah, tinggal di sana sekarang.

Kisah-kisah Kelantanese yang dipaparkan dalam movie ni sebenarnya mmg mcm real story jugaklah, dan ditokok tambah garam gula supaya jadik movie so sedap sket.

As u know, mmg ramai yang melabelkan Kelantan ni berpuak. Pantang nampak sesama negeri terus kecek kelate tok ingat oghe lain. Pantang tahu anak Kelantan terus laju je memberi pertolongan. Aku akui mmg semua tu masih berlaku, even di oversea.

Sorang kawan aku di bahagian utara Jepun pernah menghubungi aku semata nak comfirmation hal ni.

Oghe gedebe : Jey bakpo mung slalu lepok dengan budok2 Uni negeri lain bukan budok Uni mung?

Aku : Tempat aku ado 3 ore jah, nok main bola pung dok cukup.

Oghe gedebe : Ko ado budok kelate kat Uni tuh sbb tu lah mung gi lepok situ dok?

Of course ramai akan memberi WTF kpd statement kawan aku ni kan? Adakah sebab aku lepak sbb ada budak Kelantan kat situ? Nope, I`m the only one down here.

Ada yang gunakan for the sake of "samo-samo Kelate" on doing business which I think is just the same like Dewan Perniagaan Cina, dimana dia ada mcm association (official or unofficial) in doing business. So derang akan privilage sesama derang dulu utk buat business. Let say big construction company dpt kontrak, then cari sub-con, so derang akan contact "samo-samo Kelate" first.

Ada juga yg gunakan "samo-samo Kelate" in mintak tolong. Once aku sendiri pernah kene perli/sembur depan2 orang di IPT dimana kalau kita lihat, sekarang mmg ramai student Kelantanese, dan aktiviti2 yang dijalankan oleh Kelantanese ni mmg berjalan lancar.

"Kita kene kawal tak boleh ambik ramai sangat Pensyarah dari Kelantan ni sbb derang tarik anak beranak derang dr Kelantan utk masuk univ, sekarang macam terlalu ramai sangat pulak pelajar Kelantan, tu makin nampak berpuak-puak tu..".

Pada aku, even tho pensyarah ni tarik anak buah dari kelantan untuk masuk univ, ingat senang ke nak lepas univ nye application (skang nye application tatau lah sbb system bertukar tiap2 tukar Menteri sebab nak tunjuk cara dia bekerja lagi berkesan sejak jd Menteri ni. Aku tatau adakah mende ni betul2 ada or menjadi bahan gossip keji sahaja.

Satu lagi kes paling bullshit adalah kes gaduh sbb awek/balak kene rampas dengan mamat/minah Kelantan. Ada satu kes kt IPT jugak, a couple tgh makan kat cafeteria, then kene kacau/ngorat dengan mamat cafe tu (Kelantanese), even pick-up line pun cakap Kelantan (hahahah!!!). Then, dan2 tu jugak kene sound dengan balak dia (both the couple are not Kelantanese).

Mamat cafe tu bengang, then dia ngadu kat geng2 Kelate dia (staff cafe n student, then the same night, can u imagine student2 Kelantan ni boleh datang kumpul dan bertumbuk dengan mamat yg bawak awek g makan kat cafe petang tadi.

Jadi kes polis, mamat cafe kene tangkap, student2 Kelantan yg terlibat tu pun kene masuk lokap. Hero tak bertempat. Kalu hero hindustan bleh gak dpt Datuk..

Aku pulak pernah terkena gak masa uruskan AP utk Honda Odyssey yang aku bawak balik masa undergrad dulu, sebab ada kes gaduh dgn agent sbb xpandai buat keje, then aku urus sendiri. Bila dah selesai semua then dpt kuar keter, aku kene tahan dgn officer (kat bahu ada 3 paku nye uniform) kat gate Westport Klang. Dekat2 nak kuar tu aku kene tahan, then derang nak check keter aku.

Dia tekan CD eject button, dan terkeluar lah cd MP3 lagu yg aku burn sendiri, dan takde label kat CD tu since mende tu re-write sendiri kan..

WestPort Officer A : Ni salah ni Encik sbb tak declare CD ni...

WestPort Officer B : Ni salah besar ni mana tau ni VCD blue ke ape, masuk dalam masuk dalam!

Officer B tu pun pasang la CD-r aku tu dalam VCD player dalam office booth derang (aiks, apsal ada VCD player dekat booth tempat keje plak?Korang ni jaga brg kastam or layan VCD tgk citer Hindustan?). Bile CD tu kuar lagu je takde kuar gambar(video), dia mcm bengang2 cakap ni mesti lain format ni, mesti ada citer blue tp xkuar kt screen je ni. Dia ugut nk buat report aku masukkan CD porno haram ke Malaysia.

WestPort Officer A : Encik bg IC, nak buat rekod. (lepas tgk belek IC aku). La demo oghe Pasir Mas ko? Marilah kito kecek kat luar lah...

Bila sampai kt luar booth tu tepi keter aku, dia bg balik CD n kunci keter aku.

WestPort Officer A : Kawe nok tolong selesai kes demo sbb sama2 Kelate. Tapi demo hulur lah sikit buat minum air ko bos kawe tu, ikut hati dio sebenarnya nok report demo buat saloh bowok CD tok declare tu. Ni kawe tolong selesai kes demo la ni...

WTF.

Nah hambek ko. Mintak suap terang2 tak kire sapa. Sebelah office booth derang tu terang2 tulis kat pagar "Bersamalah Kita Tangani Rasuah". Tu "menangani" kot derang panggil. Tolong sama Kelantan konon, kene jugak aku.

Gile panjang kutuk negeri sendiri. Abis lah aku kene bashing dengan korang lepas ni. Silakan.

ps: Aida, nah dah update ni hehehe. Bit bz lately, kene settle few things sblm balik Msia this Nov. Time bz time tu lah nak update macam2..

4 comments:

Nik Hasmizie said...

ghano nak kena charge pasal cd blue tu? anyway kalu mung buleh proove yg tu hanya cd lagu, pahtu dia nak buat apa?

aku rajin jugok kena tahan ko polis trafik, tp lepas tgk IC ore kelate.. selalu buleh lepas heheh. maybe kebanyakan polis kat KL ni ore kelate kot? x tahu la. tapi ado jugak kalu x bernasib baik.. samo jah ngan ore2 lain tu hehehe.

ari ni start la cerita budak kelantan ni. maybe weekend ni aku patut gi tengok selalu. aku raso sambutan maybe ok kot.. tak tahu la. tapi apo2 pun molek jugok gi support cerita ni.

babak dalam cerita tu spt keadaan di rumah sewa main terup dsbnya tuh aku raso serupo jah kat mano2 rumah sewa budak bujang hehe ...

Obefiend Weiland said...

aku akan buat filem budak johor pulak pas nih.

kah kah

aku sekolah kat kelantan. nampak sangat asabiahnya sampai budak luar langsung tak nak campor budok kelantan

ade junior sekor kantol curik walkman seniour. budak pengkalan chepa. dah sah dia curik pastu ada lak seniour dok bekap dia. kasik kesian. budak luar malam tu semua dah plan. setiap bilik anta 2 wakil. malam ti kitorang main pinball kepala dia. hahaha hahaha. ingat dia budak kelantan bole lepas ke? MPP sekolah atas bawah semua orang luar. tok seh nak gedebe sangat! ha ha ha

Ejey M. said...

Mijie,

Kalu mcm tu tiap kali kene tahan kene kecek kelate lah hahah!!

Obefiend,

Ko MARA PC ke? Aku slalu g sana friendly match Volleyball.

Yeap, sometimes even aku kt Jepun ni pun ada Kelantanese lain mcm pelik kalu aku bleh rapat berkawan dgn member "orang luar". Belajar tinggi mana pun still xleh buang semangat kenegerian yg tak bertempat.

Unknown said...

,,😂🤭