Multiracial Muslim

Harris with Damia @ Iftar in Beppu Mosque

Note: Comment written below datangnya dr kepala otak aku sendiri. Hukum hakam di atas apa yg dinyatakan dlm entry kali ni tidak dirujuk kpd ustaz2 yg berhemah tinggi. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila rujuk ustaz2 berhampiran rumah anda.

Dah masuk separuh bulan pose. Buka puasa every weekend kat Beppu tahun ni agak berlainan sket dr dulu, sbb kali ni buat berbuka puasa utk Muslim in Beppu/Oita di Beppu Mosque. Masjid ni baru je beli sebelum bulan pose aritu, hasil kutipan derma dan kerahan tenaga muslim in Beppu.

Bila berkumpul mcm2 muslim dr mcm2 negara ni, mcm2 lah yg kita dpt kenal/tahu/lihat/experience.

Almost everyday, akan ada hamba Allah kat sini yg bermurah hati utk sponsor bukak puasa secara percuma di masjid ni. Then masa 1st week puasa baru2 ni, diorang ajak lah all the Malaysian utk berbuka sama, since Malaysian ni semua berbuka di rumah, dengan family dan anak2, terutama teman anak2 lah sbb berpuasa di perantauan ni agak mencabar anak2 kecil yg kene jawab soalan2 dr member2 skolah, cikgu cikgi dan sape2 lah lg yg dok tanye takpe ke tak makan tak tumbang ke tak pengsan ke etc etc..

Then ada sekali tu, since dah bersungguh derang ajak Malaysian ni berbuka dgn diorang, maka berpergian lah anak2 Malaysia ni anak beranak ke majlis bukak pose anjuran masjid ni.

Bila sampai, comunity masjid ni, yg ramainye terdiri dr Pakistan+Bangladesh, mcm terkejut bila tgk kehadiran Malaysian ni bawak anak bini skali dtg berbuka. (Note: Bangunan masjid ni 3 floor termasuk parking floor, 1st FL utk WOMEN, 2nd FL utk MEN).

Ada sorang kawan Malaysian aku bila sampai masjid tu, bile tanya AJK masjid tu yg kaum wanita dgn anak2 ni nk makan kt mana/serve mcm mana etc etc, derang mcm tergamam dan tatau nk jawab apa..

Then, derang decide wanita and kanak2 utk letak dlm bilik asing belakang hall utama. Oklah fine. But then, bila nk masuk bukak pose, nampak mcm derang takde pun nak serve wanita+anak2 ni, so one of the Malaysian tanyelah ade ke dulang utk wanita+anak2 ni. Derang bg lah 1 dulang..

Then, bila dok agih2 air pulak, mmg takde langsung utk pempuan, kali ni turn aku pulak g tanye AJK tu then ckp derang yg air tak sampai kat dalam bilik blakang utk wanita+anak2 ni, barulah dpt air tu dr derang. Fine, takpe, aku serve kan kaum Hawa. Aku jelah yg kuar masuk angkut itu ini masuk ke dlm bilik wanita+anak2 tu..

Then, solat magrib beramai2 sebelum makan berat. Masa solat tu, sekali lg wanita2 ni tatau nak solat kt mana, since now 1st FL jd ruang makan + aktiviti, dan 2nd FL jd ruang solat. Ada few muslimah ni yg sempat bersiap utk solat, naik atas lalu celah2 muslimin utk solat kat belakang. Bile kaum2 muslimah ni lalu, terus derang tutup lampu. Aku baru masuk saf sbb br lepas ambik wudhu, bukak la lampu sbb nape plak solat dlm gelap ni kan. Then, bila nak angkat takbir tu, ada sorang saf depan gak la, susah payah kuar saf then selit selit celah makmum, semata2 nak TUTUP lampu yg aku dh bukak tadi..

For what? Nape kene tutup lampu masa solat kalau ada pempuan kat belakang?

Oh ya, aku baru teringat, tahun lepas ada kecoh jugak masa terawikh beramai2 ni, sbb hall solat (pinjam dewan serbaguna univ) tu ruang solat muslimin n muslimat SATU RUANG, hanya dipisahkan oleh meja2 yg dilipat.

Nape mesti tegas dalam keadaan "darurat ringan"? Nape mesti "tak boleh berjemaah bersama kaum lelaki wanita sbb dalam satu ruang" sedangkan utk dptkan peluang sebegini di negara bukan islam mcm Jepun ni bukanlah sesenang negara islam lain?

Sama dengan kes solat raya 2 tahun lepas. Sebab masa tu hari ada kelas, jd solat raya diadakan di perkarangan univ dgn meminjam ruang serbaguna kolej (Note: Univ kitorang atas bukit, dan org luar susah jugak nak masuk dlm univ kalau takde official invitation ). Dan family2 student ni nak la solat raya kat bawah/luar univ (i mean bawah bukit, bukan kt univ), so few Indonesian invite Malaysian (esp. family) utk buat solat raya di tempat lain.

One of the Malaysian dijemput utk jadi imam solat raya tahun tu.

Perancangan tu bermula pada hari last ramadhan, means esok paginye tu solat raya. Malam ni sibuk lah call sana sini utk comfirm dewan, comfirm imam, check menu juadah etc etc. Dalam kelam kabut tu, ada sorang orang kuat Muslim Association ni jugak lah, dpt trace yg "akan diadakan solat raya berlainan tempat SELAIN dr tempt diorang buat".

Guess what? That orang kuat Muslim Association tu call semua Malaysian yg dia ada no dlm henpon dia, cakap "Jangan join solat sunat raya yg lain sbb tak SAH kalau ada 2 solat raya dlm 1 tempat".

Tak sah? Nape? Kan ke kat kampung2 kita, kalu surau kampung penuh, g masjid. Kalu masjid penuh, gi carik masjid jauh sket, xpe pulak banyak2 mcm tu ek?

Kejadian ni sampai buat sorang ibu Indonesian yg dh berbelas tahun kat Beppu ni mengalir air mata bila sesama muslim saling tuduh menuduh "aku sah ko tak sah". Dah le comunity kecik, lagi kepala otak pun kecik. Aku pun tak faham, nape orang yg alim2 ni, patutnye biar ada AURA yg dpt kita respect dr ilmu akhirat yg dia ada, tp perangai dia lagi la buat kita tatau-nak-kata-apa...

Apa yang aku nampak dr muslim2 especially dr Pakistan, Bangladesh, Indian ni, derang tak ambik berat hal kaum Hawa+anak2 kecil ni. Ramai yang dtg Japan bawak anak bini, tapi tak pernah pun nampak bayang bila terawikh ke, bukak pose ke, solat raya pun bukan seme dtg.

Kat Malaysia mmg kecoh esp Sisters in Islam, yg mengatakan Islam ni berat kpd lelaki sahaja hingga hak2 wanita diabaikan. Setahu aku lah, kita kat Malaysia masih cukup bertuah sbb ada Mahkamah Syariah, ada jugak terbela kaum wanita ni terutama bila kes nafkah selepas perceraian, pengurusan wasiat, kes aduan isteri kpd Pejabat Syariah utk memohon perceraian dan mcm2 lagilah. Syarat2 contohnya mcm undang2 kahwen luar mukim, undang2 poligami, etc etc tu ramai masih kata "Islam itu mudah tp kenapa Undang2 Syariah Malaysia yg menyusahkan Islam tu sendiri". Cuba la tak wujud undang2 Syariah ni, aku jamin pantang je ada duit lebih, ramai le g seberang utk kawen lagik satu.

Sebenarnye, undang2 Syariah kat Malaysia ni kalau kita tgk dengan teliti, mmg bagus dah, cuma yang buat orang meluat ni sebenarnye adalah MANUSIA-MANUSIA yang bekerja dgn Jabatan Syariah tu (bukan semua, sbb cousin aku ada sorang keje Lawyer Syariah di Jabatan Peguam Negara Putrajaya hehehe), derang la yang buat Undang2 Syariah ni dipandang serong (Contoh: Kes serbu tangkap basah yg cukup kurang ajar, aku pernah tgk video syariah officer ni siap ambik video dgn henpon lagik, pempuan cover badan dgn selimut, tp pegawai yg serbu ni tarik selimut tu sampai nampak segalanya). Sebab nila setitik...

Gonna stop here sebelum lagi panjang melebar. Time tulis paper conference pecah kepala nak tambah ayat, time blog laju je kepala hotak ni bergembeling tenaga <--betul ka words ni?

ps: Ingat tak kes sorang Msian girl yg bawak lari anak dr family husband org Pakistan tu? Dia ada citer yg mak mertua kasik susu masam utk dia minum, dan hanya buat kerja di dapur sepanjang masa. FYI, dah mmg tu adat derang. Dan bab susu masam tu, mmg susu derang masam, bukan salah mak mertua dia lah, aku pun dah rase susu masam tu masa bukak pose anjuran Pakistan baru2 ni hehehe...

2 comments:

Anonymous said...

memang lah muslim kat tempat lain esp saudi pakistan, somalia, etc. most of them treat women like shit. daughter chat on facebook pun kena bunuh. lepas tu suka bantai bini and recite an-Nisa:34. ayat-ayat lain depa tak tau.

i read infidel by ayaan and thought sayangnya dia murtad. but she was treated so cruelly even by the ustaz yang ajar dia al-Quran, sampai retak tengkorak. scary!
but ayaan after murtad melampau lah sebab kutuk2 Prophet Muhammad (s.a.w.). Prophet Muhammad (s.a.w) never treated women like shit, Bagindalah penyelamat kaum Hawa and the fact that he married Siti Khadijah (wanita bekerjaya!) who's 15 years older than him and stayed monogamous while still married to her is really really cool!

Ejey M. said...

Agreed with u Coy.

Tengok tu hasilnye, sorang Ustaz dah buat sorang muslimah yang sedang mendalami ilmu agama jd membenci agamanya sendiri. Kat sini kita nampak sapa yg bertanggungjawab...

Same like some of the AJK`s here, strict tak bertempat sampai nak ajak Japan join the majlis pun bimbang nampak mcm buruk sgt pulak muslim act ni dr mata derang. Bayang la kalau ada laki bini Jepun yg join, tiba2 kene pisah2, then kene tutup lampu bagai, tak ke ngeri? Sah Jepun2 ni serik nak dtg dah lepas ni...