Obon : Festival of the Dead

Arini public holiday kat Japan sempena perayaan Obon.
Obon
"Festival of the Dead"; a Buddhist festival usually held in July or August to welcome the return of the spirits of the ancestors; many people celebrate by hanging paper lanterns as well as folk dancing and music.
Memang musim ni lah, tv programs pun banyak citer kisah antu@mystery ni. Semalam, masa aku log in sblm tido utk update blog la konon, aku tgk lah satu tv program ni.

This is real story, experience by the guest of the program.

Kisah nye mcm ni.

99Talk
by: Yabe & Okamura

Mr.A dan Mr.B adalah pair of comedian yg baru pindah ke Tokyo untuk memudahkan diorang dpt show dr bermacan company TV kt sana (mcm org Sabah/Swak pindah KL utk jd penyanyi la kirenye).

Mr.A cari apartment sewa dgn real estate agent, ditemani Mr.B(Mr.B lah yg jd guest program TV ni dan yg tukang cerita kisah ni).

Kat real estate agent tu, Mr.A bgtaulah the requirement yg dia nk utk cari apartment sewa tu, then the agent ada bg few catalog rumah kosong yg mcm2 design, mcm2 harga sewa n Mr.A ada jumpa n minat dgn satu rumah ni, tersangat lah murah.

The same block, same design, dalam2 banyak2 unit tu, semua harga 100k yen (RM3k)/month but they offer one of the apartment unit, only 8000 yen (RM240)/month.

Note: Real estate agent kene bgtau bakal renter yg apa sebab rumah tu murah, such as kes ada jenayah ke, suicide ke the condition of the unit was toooo bad ke etc etc.

Sebab sebab rumah tu murah:

1. Semua renter yg masuk rumah tu akan lari mcm tu saja, especially lari tgh malam, burn key-money/deposit semua.
2. Renters sebelum2 ni hanya tahan 2-3 hari sahaja. Paling lama 14 hari.
3. Renter yg tahan selama 14 hari tu ditemui mati sesak nafas, tanpa kesan bergelut atau org luar masuk.

Tanda diduga, Mr.A nak jugak rumah yg murah / mystery tu. Mmg Mr.B, as his comedian partner tentang habis habisan since jadi apa2 kt mamat tu derang xleh carik makan lah. But then, since Mr.A baru 1st time masuk apartment sewa di Tokyo, for him Yen8,000 is really helping him in managing his money to live in the Metropolitan. Even Mr.B duduk jauh dr Tokyo dan ulang alik dr rumah ke Tokyo kalau ada show. Since derang comedian partner, Mr.A bagi kunci spare kat Mr.B, so that kalau Mr.B nak tumpang rumah ke ape senang nak kuar masuk.(FYI, di Tokyo Metropolitan City ni, even petak untuk parking keter kene charge extra, not included with the apartment, will cost u RM600+-/per parking lot per month!<--Any of u livin in Tokyo, plz correct me if I`m wrong)

Few days later, Mr.A dgn pertolongan Mr.B pindah masuk rumah tu. Kemas nye kemas, dah masuk lewat malam, then Mr.B mintak izin balik rumah dia, so tinggal lah Mr.A sorang kat rumah tu. Takut memang takut, tp dia keraskan hati gak untuk try to go through semua apa yg dia dgr citer dr the real estate agent.

Dalam sepah2 tu, dia tertidur sbb letih kemas rumah.
.
.
.
Mr.A tiba-tiba terjaga dr tido sbb ada gangguan bising terdengar dr tingkat bawah.

Jam menunjukkan tepat 2.22am. Mr.A dah rasa mende pelik mmg akan jadik malam ni.

Dia bukak tingkap, dan mmg dgr jelas suara budak2 ramai2 tgh bermain2 kat luar apartment dia tu. Budak2 mana main kat luar 2.22am kan? Then dia cuba jugak nk tido, bg dia alah kacau2 sket2 ni lama2 biasa lah tu..but then dia terdengar yg bunyi bising tu makin menghampiri area tangga apartment Mr.A

Note: Rumah kat Japan, kalau ada 4th Floor je tak diwajibkan pasang lift, and mmg apartment Mr.A adalah 4 tingkat dan apartment Mr.A on 2nd floor, betul2 depan tangga.

Dia mula rasa cuak, tp lama2 mmg bunyi bising tu hanya bermain kat tangga tu je. So dia kuatkan diri, tutup muka tutup telinga cuba tido jugak dalam keadaan mcm tu.

The next day, Mr.A contact Mr.B dan tanya apa yg berlaku. Mr.A cerita A to Z. Mr.A cakap yang dia rasa dia bleh tahan kalau setakat mcm tu.

2nd day kat new apartment tu. Malam tu, M.A dah kurang sket debar2 tu sbb semalam dah lalui dah skali.

And again, dia terjaga bunyi bising tu lagi, kali ni jugak pada 2.22am. Dia jenguk luar tingkap, xnampak apa2, tp jelas bunyi budak2 main2, ramai jugak. Then by the time dia cuba nak tido tu, sekali lagi dia mula terdengar bunyi budak2 main tu area tangga 1st floow apartment Mr.A, kali ni makin kuat bisingnya.

Bukan setakat bising suara-suara budak2, tapak kaki pun agak kuat mcm hentak2 lantai tangga tu. Yang dia mula cuak bila makin lama makin dekat bunyi tu rasanya..

Note: Kat Japan, kalau tak silap ada Building Laws selepas tahun 1980-an yg dijadikan rujukan untuk building contractors, biasanya akan buat bilangan anak tangga sebanyak 14 anak tangga untuk naik ke floor seterusnya. Maybe sbb apartment Mr.A ni agak lama, anak tangga apartment ni hanya 13 anak tangga.

Day by day, mmg tiap malam, pada jam 2.22am, Mr.A akan terjaga sbb bunyi bising gangguan misteri tu, dan makin lama makin dekat bunyi gangguan tersebut, dimana mmg dengar jelas tapak2 budak2 berlari-lari kat tangga tersebut.

Since Mr.A teringat balik kisah the real estate agent yg pasal renter sebelum ni ditemui mati pada hari ke 14, so dia pun makin gelabah sbb today dah masuk hari ke 12 dia sewa apartment tu. Mmg malam tu bunyi bising tu dekat sangat dgn bunyi pintu entrance apartment dia. Malam tu, dia call kawan dia Mr.B, mintak tlg belikan omamori (mcm tangkal pelindung, ada dijual di otera/temple2 Jepun). Dia ada jugak beli sendiri, tp untuk sedapkan hati dia mintak Mr.B belikan omamori tu untuk dia dari otera lain jugak.

Diorang ada comedian show on the 13th day tu, so Mr.A ambik omamori tu dr Mr.B. Mr.B dah sound dah baik jangan balik apartment mlm tu (the 14th night), sbb takut jd apa2 nnt. Mr.A kata dah selama ni dia bleh tahan, rasanya dgn omamori tu dia should be ok.
.
.
.
Mr.B, dikejutkan dengan bunyi henpon dia padal 2.22am. Dalam samar, dia nampak caller ID terkeluar nama Mr.A. Bila dia angkat phone tu, dia dengar bunyi tanpa suara, hanya kedengaran macam radio abis siaran,

"......GGHHHHRRRRR... GGGHHHRRRRRRRRR... GGGHHHHRRRRRRRRRRRRRR...."

Mr.B cepat2 kuar rumah then ambik cab pergi apartment Mr.A. Sampai ke depan pintu rumah Mr.A, dia masuk dgn kunci spare yg dia dpt dr Mr.A masa mula2 kawan dia ni masuk pindah rumah ni.

Mr. B jumpa Mr.A terbaring terketar ketar kebiruan dan basah kuyup berpeluh, Mr.B terus call 110 (911 la kalau kt States), in few minutes ambulance sampai ambik Mr.A ke hospital berdekatan.

Mr.B turut ke hospital dengan ambulance tu. Lepas seberapa ketika, Doctor dr emergency room datang ke bilik menunggu, dan bgtau Mr.B,

"Kami jumpai omamori berlipat-lipat dan hampir hancur, di dalam kerongkong kawan Encik. Encik bernasib baik sbb cepat selamatkan kawan Encik, kalau tak mungkin agak terlambat dan keadaan akan menjadi lebih parah..."

3 comments:

sakurainadesert said...

hello en ejey and family..thanks for ur comment in my blog!! ur blog is very funny and full of content!! ur harris is soooo cute :)

Nik Hasmizie said...

habis ggitu jah ko cerita nih? Hehehe. true story ko ni? Bab-bab hantu jepun ni naik bulu roma jugak nih hehe.

Ejey M. said...

blackrosemilia~

Thanx again!

mijie~
Yap, abis gitu jah,aku tulis just exactly mcm aku dgr masa program tu.
Mmg jepun nye citer antu bukan takut muke antu tu, tp cara antu tu kacau mmg ngeri.
Dlm program yg sama, siap ada video yg ada org ambik masa make-up kawan2, TER nampak ada kepala tgh jenguk bawah meja mcm mintak untuk di make-up kan. Kepala saja. Ngeri dowh~~