Bank Rakyat? Biar betul!

Korang dah baca news harini?

Bank Rakyat catat keuntungan sebelum cukai RM1.23 bilion

24/02/2009 11:19am

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.23 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 48.9 peratus tertinggi dalam sejarah penubuhan bank tersebut. - Utusan



Entahlah, aku bukan economics what so ever la kan, but wondering seme bank tgh nafas cukup2 makan je nowadays, Bank Rakyat ni pulak umumkan untung almost 50% dari tahun sebelumnya.

Pastu, baru2 ni dia lancar tabung macam ASB tu, ko beli mcm saham lah then ko fix deposit more than 12 month, ko akan dapat ABOUT 15%/annually. ASB pun dah turun dah, aritu dpt 8% je since dia dan janji nk bawak baki few percent sbb next year dijangka akan terus dari tahun ni, so kirenye buruk2 pun bleh dpt lg la tahun depan 8% (kata ASB lah, tataulah sejak KHAZANAH rugi 12 billion ni tatau apa plak depa kata esok lusa hehehe..).

Ada jugak orang kata Bank Rakyat ni banyak buat untung dengan bg Personal Loan. Then, hasil dia kutip interest Personal Loan tu lah dia dpt untung banyak. Skang ni, ko bleh buat apa saja alasan untuk dptkan kelulusan Personal Loan. Ada kes tu, let say ko ada buat Personal Loan dgn Bank Rakyat ni, then ko penuh disiplin bayar ikut perjanjian tiap2 bulan, pihak bank akan hubungi ko utk offer sebagai mana seperti berikut:

"Encik, bagus betoi la Encik ni, bayar tak pernah miss. Apa kata Encik buat loan lagi dgn kami, tambah RM100k lagik ka, bleh Encik tukar keter ka g melancong ka.."

Note: Ini adalah kisah benar, cuma ayat2 kerani bank di atas hanyalah khayalan penulis blog semata-mata.

1 comments:

Anonymous said...

15%, 8% "je"... lumayan sungguh. rugi kan kalau tak simpan duit kat Malaysia. kita orang balik Malaysia bawak balik duit untuk berjoli jek, manalah nak simpan...

sorry, out of topic. :-P