PM Jepun Letak Jawatan

Fukuoda Yasuo ex-PM Jepun.

Paper cutting from Utusan Malaysia, Sept 2nd 2008.

PM Jepun letak jawatan

TOKYO 1 Sept. – Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam ini, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.

Hari ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kita perlukan satu pasukan baru untuk mengendalikan dasar di Parlimen, katanya ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Fukuda, 72, bagaimanapun, tidak menyebut tentang pilihan raya baru, bagaimanapun keputusannya itu membuka jalan kepada pemilihan kepimpinan baru dalam parti pemerintah itu.

Calon yang disebut-sebut menggantikan beliau ialah Taro Aso, 67, bekas Menteri Luar Jepun yang disifatkan lebih karismatik dan berpendirian konservatif.

Fukuda berkata, beliau membuat keputusan itu berikutan ketegangan di Parlimen.

Masa dia buat ucapan letak jawatan, live telecast on TV, siap cerita mcm mana keadaan parti dan kerajaan semasa dia ambik alih "rela-paksa" jawatan PM pada Sept tahun lepas, dan cerita semua apa yg dia dah buat dalam sepanjang dia bertugas setahun sebagai PM Jepun. Dia juga siap cakap mmg ada plan2 yg masih dlm proses dan hasil still dalam pemerhatian.

Harap-harap PM yang sorang tu pun dpt hint dr NOBITA Fukuda Yasuo mcm mana nak letak jawatan secara terhormat, sebelum keadaan negara dan Parti semakin parah.

4 comments:

Nik Hasmizie said...

hok sorang lagi tu kena tengok cerita Doraemon banyak2 baru paham kot hahahah.

Joey said...

Hahahahaaaa....
secara terhormat ko?
takdok org hormat ko dio doh pong loni....:D
ko ado?
Anyways, kalau msia ada election pilih PM mcm presidential election kat US, lamo doh hok tu keno dispose off...sigh...
letih doh la kecek pasal PM kito ni....hahaha...
Tgk Doraemon pon belom tentu paham jugok tu!

Ejey M. said...

Mijie:

Betul mcm kata Joe tu, tgk la Doremon ko Dragon Ball ko tak pehey jugok serro!

Joe:

U want it or not, mmg dah termaktub cara negara kita buat mcm tu. Sanjung tinggi naik kelangit, then bila tak perlu dia pijak sampai masuk dlm perut bumi. Dulu seme Tun ckp seme betul, skang seme tak dgr dah. Even sorang Prof Jepun kt sini still dok puji lagi Tun, dia kata, kalau semua negara pengeluar minyak buat cara Tun cadangkan masa persidangan OPEC, dia kata minyak takkan jd mahal mcm harini.

ps: Sebusuk mana pun politik negara kita, mung tetap nak kelik jugak untuk sesuap nasi kerabu!

MalayMind said...

Tu lah, letih dah duk kecek pasal PM nih.

At one point nanti, semua orang akan tak kisah dah dia ada ke tak ada. So, dia bolehla duduk dengan tenang kecuali dikacau oleh Anwar Ibrahim.

Macam tu lah politik.