Why I hate POLITICS and POLITICIANS?

Dipendekkan cerita, aku jaga/moderator YahooGroup x-schoolmate aku Faris Petra.

Ada satu mamat ni (aku namakan dia Mat Tep), kat sekolah dulu mmg dah ada cita-cita nak menonjol, tp sbb orang tak berapa nampak kenonjolan nya, maka sekarang dia menonjolkan diri dengan aktif bawah parti politik.

FINE, tu hak masing2 la kan.

Then, skang mula iklan2 kat YahooGroup plak.

Note: Semua nama2 yang terlibat adalah NAMA BETUL, memang ada kaitan dengan yang HIDUP (yang mati xde kaitan la kot hehehe...)

Email 1:
Sender : Mat Tep
====================
REF:
'SERTAI ROMBONGAN 'RED WARRIORS' KE UNITED KINGDOM-12 OGOS 2009 (' Tuesday, May 5, 2009 12:58 AM).
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat FARISIAN, MOGA ALLAH MELINDUNGI, MEREDHAI DAN MEMBERKATI kehidupan kita semua yang bekerjaya dan bekeluarga sekalian.
1. Mohon tindakan SEGERA kepada sesiapa yang berminat untuk bersama 'RED WARRIORS' ke United Kingdom.
TARIKH BERLEPAS : 12 Ogos 2009, Return: 21 Ogos 2009
BAYARAN : RM 5500.00, cek bayar kepada 'MAJLIS SUKAN NEGARA'
*Bayaran termasuk : tiket pergi balik/ penginapan/ transfer & pengangkutan / makan 5x sehari(bukan macam kat Malaysia/catuan sesikit la)..Perbelanjaan lain tanggung sendiri.
ATAU
TURUT SERTA rombongan 'PEMUDA UMNO KELANTAN'
'Misi serampang bermata-mata' , TIKET PENERBANGAN beli sendiri - AIR ASIA 10 Ogos -
Flight Last : Return 18 Ogos 2009.
BAYARAN : Tiket penerbangan pergi balik beli sendiri / Penginapan : Ikut sahaja rombongan pasti BOLEH tidur punya. / Pengangkutan : Kita sewa 2 MPV untuk 14 orang, ditanggung beres / Hanya standby duit makan/minum/ shopping dalam 500 - 1000 pounds. Tukar siap2.Ikut nafsu masing-masing la. Cumanya credit card tu standby laa.
MISI : Selain turut serta dengan 'perlawanan persahabatan' dan 'city tour', buat AMAL sikit, kita akan pusing satu UK ( Based kat Manchester-and then pusing Leeds-Newcastle- Edinburgh- Lancaster- Midland-Liverpoo l and lastly kita pusing London sampai ke wales/norwich/ surrey ) Lawatan-lawatan ini sambil bertemu pelajar-pelajar Kelab UMNO & MSA.
PLEASE UPDATE ME ASAP, SESIAPA BERMINAT LA. Make sure BINI diutamakan!Kalau bini tak bagi ikut, jangan ikut! MODDHARAT orang lain!
2. Perlawanan Liga Bahagian Satu: FFC vs STAROBA
9hb Mei 2009 Jam: 5ptg Tempat:Stadium Kompleks BSN, Bangi
Diharap sahabat-sahabat dapat hadir memberikan sokongan padu kepada barisan perwira-perwira FARISIAN FC.
3. RAYUAN TERBUKA/STRATEGI TERBUKA: Kepada sahabat-sahabat yang berminat terlibat secara langsung dalam 'POLITIK PEMUDA UMNO'. Setelah dilantik menganggotai Jawatankuasa SEKRETARIAT PROFESIONAL MUDA, PEMUDA UMNO MALAYSIA, saya berbesar hati ingin berkongsi 'kuasa politik' iaitu 'empowerment' di mana sahabat-sahabat boleh membentuk 'jawatankuasa di ORGANISASI sendiri' dan melantik diri sendiri sebagai KETUA. Contoh: Malam tadi kita telah lantik satu jawatankuasa kecil yang dipengerusikan sahabat saya di 'STANDARD CHARTERED HQ'. InsyaAllah kita telah kenalpasti beberapa company besar untuk REKRUT ketua 'STRATEGIST/ TINKTANKs' di organisasi2 tersebut. Pengerusi Sekretariat PROFESIONAL MUDA, PEMUDA UMNO MALAYSIA adalah sahabat saya dalam DEWAN MUDA dahulu iaitu 'SHAFIQURRAHMAN SHAMSUDDIN (businessman IT/Tekstil/Pemenang Tokoh Usahawan Muda/ Ketua Pemuda Kuala Kedah). Kepada yang berminat dan berniat untuk menyumbang dan berjuang, sila hubungi saya. Kita akan bincang tindakan susulan.Tiada tempoh, tiada paksaan, sekadar rayuan dan berkongsi idea perjuangan. 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'.
SEKIAN HARAP MAKLUM.
helmiehassan
014.322.5.888


Email 2:
Sender : Moderator (aku)
====================
Subject: [XFaris96] PERHATIAN kepada semua ahli YGroup XFaris96: Email Advertisement Politik.

Assalamualaikum WBT.

Untuk menjaga keharmonian Yahoo Group, saya meminta semua kawan-kawan MENGELAKKAN IKLAN POLITIK secara terang terangan. Kita negara DEMOKRASI, masing2 bebas dengan pandangan masing2, cuma adalah lebih elok kita jaga hati kawan2 kita dalam Group ni.

Kalau nak tulis jugak, buat blog/email attachment, dan biarlah kepada sesiapa yang BERMINAT sahaja yang mengakses/membuka file attachment tersebut untuk dibaca dan dikomen.

Janganlah disebabkan tindakan kita yg dirasakan untuk berbakti/volunteer membantu parti Politik, akhirnya membuatkan ramai orang tidak selesa dengan tindakan kita, seterusnya membuatkan orang menolak terus parti politik tersebut.

Sekadar bertugas untuk menjaga keharmonian Yahoo Group kita ini. Sekiranya ada yang tidak setuju dengan cadangan saya, cadangan2 lain amatlah dialu-alukan.



Yang benar,

Hezil Mansor
=========



Email 3:
Sender : Mat Tep
====================
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... .
Semoga sahabat FARISIAN sekalian berada dalam kesejahteraan dan berada dalam 'mood' terbaik/segar kearah mencari satu kata sepakat, satu hati dan semoga THE ALMIGHTY OF ALLAH sentiasa memberi kekuatan ukhuwah,akal, fikiran, tenaga dan wang ringgit kepada kita untuk terus berjuang, beristiqamah dan mengabdikan diri padaNya.
Merujuk kepada posting drp Sahabat Hezil, diikuti kupasan daripada Sahabat Zakiman:
ISSUE DITIMBULKAN: 'PERHATIAN kepada semua ahli YGroup XFaris96: Email Advertisement Politik'.

TINDAKAN:
1. Atas semangat FARISIAN, saya AHMAD HELMIE HASSAN, mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas 'ISSUE' yang ditimbulkan oleh Sahabat Hezil tersebut. 'Ketidakpuasan hati' Sahabat Hezil mungkin dicetuskan melalui 'posting' saya bertajuk 'SERTAI ROMBONGAN 'RED WARRIORS' KE UNITED KINGDOM-12 OGOS 2009 (' Tuesday, May 5, 2009 12:58 AM). Sebelum 'ISSUE' ini berpanjangan, dengan rasa
RENDAH DIRI, TUNDUK & TAWADDUK padaNya, saya memohon MAAF kepada sekalian
HATI-HATI kecil yang terguris dan tersinggung dengan 'rayuan terbuka' saya bernombor 3 (*rujuk posting tersebut).
Mungkin Sahabat Hezil bersetuju dengan perkara 1 & 2 tetapi terguris dengan perkara 3. Biasalah SAHABAT,
pepatah MELAYU, dalam setandang pisang, sesikat mungkin tidak 'terjual'.
Semoga 'ISSUE' ini tidak berpanjangan, TAMAT disini dan saya tersangat menghormati 'ketidakpuasan hati' yang terluah
oleh Sahabat Hezil tersebut. Sekali lagi, SAYA MOHON MAAF! Rendah diri menerima TEGURAN!
2. JUST FOR SAHABAT HEZIL!, statement Sahabat Hezil, mengganggu 'keboblokan/ ketotokan' saya. :'Janganlah disebabkan tindakan kita yg dirasakan untuk berbakti/volunteer membantu parti Politik, akhirnya membuatkan ramai orang tidak selesa dengan tindakan kita, seterusnya membuatkan orang menolak terus parti politik tersebut'.
Well, let me enlighten you where you have conveniently misquoted/misinterp reted.
a) It's not so obvious the justification taken from one 'posting' and 'akhirnya membuatkan ramai orang tidak selesa dengan tindakan kita, seterusnya membuatkan orang menolak terus parti politik tersebut'. Come on la Bro, Looks like your hand must be working faster than your brains? Or is it a case of 'shot memory attention time span' syndrome? Believe me, Malaysians chosed to be with PR coz they think PR is GOOD and same goes to me, and other Malaysians, do support UMNO coz they think UMNO CONSTANTLY GREAT.

b) Well, credibility is important. But when one's credibility has been bulldozed to pieces, make lah sikit effort to repair it. Study the criticims and take appropriate action for self-improvement. Sikit-sikit improvement pun tak apa. Instead of being in total denial! As the pepatah MELAYU conversed in kelantanese english 'a leopard doesn't change its skin overnight'.

c) I'll wake up to the realities! Anyway MOHON MAAF Sahabat Hezil. END OF STORY!

3. 'RAYUAN TERBUKA' - Mohon sahabat-sahabat dapat bersama-sama memberi sokongan padu dan jitu kepada BARISAN FARISPETRA FC, yang akan turun pada 9 Mei 2009, Padang RRI D, Sungai Buloh, Jam 5 petang. Skuad Bolasepak yang bermati-matian berkorban jiwa & raga untuk FARISIAN ini bakal bertemu STAROBA dan INSYA-ALLAH kekuatan & kecekalan serta DOA daripada FARISIAN sentiasa bersama-sama FFC.
SEKIAN HARAP MAKLUM.
helmiehassan
014.322.5.888


Email 4:
Sender : Moderator (aku)
====================
Assalamualaikum.

Kepada SAUDARA HELMIE HASSAN.

1. TERIMA KASIH kerana menerima teguran secara terbuka.

2. TERIMA KASIH juga kerana melabelkan saya sebagai :
"Looks like your hand must be working faster than your brains? Or is it a case of 'shot memory attention time span' syndrome"

Terima Kasih Saudara HELMIE HASSAN.



Your Sincerely,
Hezil Bin Mansor

Email 5:
Sender : Mat Tep
====================
Assalamualaikum dan salam sejahtera SAHABAT!
Semoga berada dalam kesejahteraan dan keharmonian serta dilimpahi RahmatNya.
Sahabat,
Seperti yang u sedia maklum, seperti yang you kupaskan dalam posting u, I'M TOTALLY disagree with your replied and betul2 encourage me to work harder and harder in promoting my believed SIASAH. I believed, sbb kekuatan UMNO dan sumbangan UMNO sebelum ini lah membuatkan i and ramai kawan2 dapat merasa pergi blajar OVERSEA.
Anyway,
'Come on la Bro, Looks like your hand must be working faster than your brains? Or is it a case of 'shot memory attention time span' syndrome?'
That is PERSOALAN yang cuba ditinggalkan and at least I'M STRAIGHT FORWARD addressing to u. Take it easy Bro!
I do AGREE that, mungkin cara i mewar warkan dan posting issues dalam webring ni buat u kurang bersetuju and better u delete jer instead of asking others to AGREE what u disAGREE. Sahabat, let others judge. Dont be to dictate, what we should or what we shouldn't.
Ada sahabat kita yang dah lama i tak jumpa since school time lagi,call i, bertanya macamana nak contribute and ada yang mintak pertolongan. And at least, atas kapasiti, atas jaringan and atas bantuan kenalan-kenalan, kita dapat sama-sama membantu dalam kapasiti kita sendiri. Kita harus bersetuju dan sentiasa meletakkan semangat FARISIAN didepan serta perbezaan pendapat dan pegangan politik suatu yang tidak dapat dielak. Namun cubaan meletakkan prasyarat berlandaskan 'demi menjaga keharmonian' sedikit sebanyak merencatkan pembudayaan keintelektualan kita semua.
sahabat,
Saya menerima teguran sahabat, namun tetap tidak bersetuju dengan cara dan kupasan tersebut dibuat. Moga Allah sahaja yang menilai sumbangan dan kerja-kerja yang kita lakukan. Hakikatnya, apa yang kita semua lakukan berpandukan ajaran dan KuasaNya.
Mohon maaf dan semoga beroleh keberkatan.
helmiehassan
0143225888

=======================================================

Pastu, aku senyap dah. Kang aku balas kang kecoh lg YahooGroup, aku tanak nnt mati lg YahooGroup ni sebab2 xboleh mengalah dengan orang2 mcm ni. Dulu dah mati satu YahooGroup yg sama, sampai kene buat ajak masuk YG baru. Kali ni kalau mati lagi sure seme bosan dah nak join2 lagi..

Bukan apa, seme dok cakap2 belakang tak suka cara Mat Tep ni, then bila aku bg open mail mintak hormat ahli2 lain, dia tembak aku dengan alasan dia plak.

Korang baca sendiri lah. Sure komen korang sama je dengan apa yg aku nak komen hehehe ;-)